saya teruja apabila pihak PENA dan ITBNM akan mengadakan bengkel penerbitan pada 5 Februari 2012 nanti, dan dengan sendirinya mengesahkan kehadiran dan penyertaan ramai pengarang muda untuk menghantar manuskrip sama ada dalam bentuk karya kreatif atau ilmiah. wah, saya kira inilah masanya untuk para pengarang merebut peluang keemasan ini lantaran manuskrip akan diterbitkan dalam tempoh yang pantas.
dan saya, setelah bertahun meneliti dan meninjau beberapa penerbit untuk menerbitkan beberapa manuskrip saya yang terbengkalai dan dirancang juga berhasrat untuk berbuat demikian. sebenarnya memang getir semasa menguruskan manuskrip kerana banyak perkara yang harus ditempuh (edit ejaan dan tambahan fakta dan urus emosi bila fail hilang dan lain-lain), pun bila kesemuanya berjaya diatasi dan manuskrip dapat disempurnakan untuk dihantar kepada penerbit, saat itu jiwa begitu membara ibarat menanti "anak" yang bakal dilahirkan. dan kini saya dalam proses menguruskan kedua-dua manuskrip saya itu dan berdoa urusannya akan segera selesai. malahan saya berharap sinar 2012 menjanjikan dua buah buku saya akan diterbitkan selepas kehadiran "Takmilah dalam Novel Melayu" (DBP) di pasaran setahun lalu. para pengarang muda, ayuh kita menguruskan manuskrip untuk penerbitan buku negara!

2 comments:
Adakah kedua-dua buah manuskrip itu berupa novel dan kumpulan cerpen terbaru?
Insya allah buku yang saya uruskan akan selesai; satu kumpulan cerpen dan satu buku ilmiah. ayuh, bersama-sama kita memartabat buku negara!
Catat Ulasan