alhamdulillah, pada tahun ini pena kreatif saya menunjukkan taringnya semula. setakat sehingga November 2011, sudah tiga buah cerpen saya tersiar di medium wadah majalah. dan saat saya menerima sms daripada mantan pelajar saya, yang berbunyi:"Salam, tahniah Dr, judul cerpen Bisu, Kaku dan Kelu disiarkan di Dewan Sastera November 2011. Tak sabar rasanya nak baca", saya menyimpul senyum bahagia. lantaran saya sudah terlebih dahulu menerima majalah Dewan Sastera yang dipos pada awal bulan lagi, jadi sms pelajar saya itu sekadar menunjukkan keprihatinannya mengikuti perkembangan penulisan kreatif saya.
sejak akhir-akhir ini, memang saya gemar melepaskan segala rekahan emosi yang bersarang dalam diri pada dunia kreatif yang saya cintai. kebangkitan ini bermula apabila saya teruja melihat satu persatu cerpen-cerpen saya diterbitkan dalam beberapa kumpulan cerpen, antaranya "Rahmah Wa Mawadah" (Kumpulan Cerpen Cinta Masitah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011) dan "Tentang Hijab" (Buku Bagaimana Saya Menulis, Proses Penciptaan Cerpen, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011). malahan, saya pernah dibisikkan editor majalah bahawa "cerpen saya kini jauh menunjukkan kematangan luar biasa". oh, saya terharu. dunia kreatif yang saya miliki bertahun-tahun lamanya yang sudah sebati dalam diri, yang mula tersisih lantaran terlalu mengejar dunia ilmiah penjarah yang begitu disanjung pihak pentadbir sesungguhnya membuatkan saya kembali berkarya dengan aktif. "bagaimana masih boleh menulis cerpen di tengah kegawatan memenuhi tuntutan ISI dan pergelutan masalah keluarga?" terjah sahabat saya.
oh, yang sering terpahat dalam fikiran saya tentulah "menulis merupakan terapi" dan saya sesungguhnya berbahagia apabila karya dapat dinikmati pembaca dengan muhasabah dan renungan panjang untuk pembangunan anak bangsa. justeru kini pabila karya tersiar, bukan lagi keghairahan saya melihat nama terpampang di majalah sebagaimana waktu remaja dan alam mahasiswa tetapi tanggungjawab saya melunasi banyak perkara yang menjadi "igauan" kehidupan masakini. terima kasih buat mantan pelajar saya yang sering mengikuti perkembangan saya menerusi "Jendela Kamila", Cikgu Aishah (Sha Apple) dan Cikgu Helmi (Penulis generasi baharu), moga yang baik-baik sahaja mengiringi kalian mengharung lautan duga, dan berjaya merempuhnya dengan bijaksana dan takwa.
terima kasih pada kerenah mahasiswa, pada cabaran, pada tekanan, pada ketulusan, pada pengalaman dan pada persahabatan. selamat menikmati cerpen "Tentang KPI" (Dewan Sastera Mac 2011), "Catatan Cinta Anak Bonda" (Tunas Cipta Oktober 2011) dan "Bisu, Kaku dan Kelu" (Dewan Sastera November 2011) untuk semua yang berminat dalam dunia pengkaryaan. syukran ya Rabb kerana masih memberi kekuatan buat diri saya untuk terus gagah berkarya, berkarya dan berkarya. sesungguhnya nikmat-Mu al-Batin (Yang Maha Tersembunyi), al-Mughni (Yang Maha Pemberi Kekayaan), al-Baqi (Yang Maha Kekal) memang tiada tara!

2 comments:
Salam kepada Dr. Kamariah. Terharu saya tatkala membaca entri "pabila karya tersiar" ini. Terima kasih kerana sudi mengkod SMS saya. Masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya mengharap setelah menceburi dunia perguruan ini tidak menghalang saya untuk terus berkarya. Sokongan daripada Dr. amat saya hargai.
Tetamu Istimewa, teruslah gagah berkarya dengan sabar, tekun, dan tenang sebagai kerja-kerja ibadah yang amat dituntut sebagai khalifah!
Catat Ulasan