JENDELA KAMILA
Catatan galur pengalaman dan jalur kematangan
Isnin, Februari 20, 2012
Akhlak "Muhammad" dalam diri dan keluarga
alhamdulillah, saya diberi peluang menulis untuk ruangan eksklusif dalam majalah Fardu Ain bersempena topik utama keluarannya untuk edisi ke-10, Nabi Muhammad SAW. dalam mengejar keterbatasan masa (deadline), saya harung dengan keyakinan tinggi bahawa "jika umat-Nya mencintai Rasulullah, maka akan mencatat apa sahaja tentang kehebatan Rasul Junjungan tersebut". terima kasih buat penerbit Kalimat Cinta Sdn. Bhd, khususnya editornya, Ustazah Ummu Solehah yang menghubungi untuk saya menjadi kolumnis majalah kembali setelah beberapa tahun meninggalkan majalah Anis yang mendapat sambutan beberapa tahun lalu. para pembaca sekalian, sudilah mendapatkan majalah Fardu Ain Edisi ke-10 di pasaran, moga banyak manfaat yang kalian peroleh demi kegemilangan Islam!
Rabu, Februari 15, 2012
pesta buku terengganu 2012

pesta buku terengganu 2012 akan diadakan pada 23-29 Februari 2012 di Kuala Terengganu. buat pertama kali selepas banyak kali pesta buku diadakan di negeri kelahiran, saya tidak pernah menerima undangan untuk hadir ke pesta buku terbabit. pun, kali ini kala Cikgu Haji Tuan Sharif Tuan Putera menghubungi dan menyatakan "ada imbuhan kerajaan terengganu untuk penulis terengganu yang terpilih", saya benar-benar teruja. sementelah pada hari pertama pembukaan pesta buku, "Takmilah dalam Novel Melayu" antara buku yang akan dilancarkan bersama-sama dengan buku lain. seperti pepatah Melayu "bagai pucuk dicita, ulam mendatang", saya amat menunggu saat sebegini kerana sejak buku ulung ilmiah saya ini berada di pasaran, belum lagi diadakan pelancaran secara besar-besaran kecuali di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM tahun lalu dalam majlis "sehari bersama pengarang, editor dan penerbit", dan selepas itu buku ini sunyi daripada promosi tambahan pula masalah yang wujud antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Dawama.
ya Rabb, terima kasih atas rezeki-Mu ini; dan saya selalu percaya bahawa setiap buku yang dihasilkan ada "rezeki"nya yang tersendiri sebagaimana buku "Mencari Kamil" (2008) dan "Berapa Harga Segulung Ijazah" (2009) yang dibeli oleh Perpustakaan Negara dalam kuantiti yang banyak beberapa tahun yang lalu. maka kali ini, buku "Takmilah dalam Novel Melayu" pula menyusul. dan saya selalu percaya bahawa "andai tiada manusia yang mempeduli usaha yang dilakukan penulis, pasti Allah SWT jua yang menghargai usaha luhur penulis", harus direnung selalu. dan yang paling utama, semua hasil tulisan sampai kepada khalayak pembaca sebagai sumber yang bermanfaat untuk kehidupan. justeru, untuk semua penulis, menulislah dengan jiwa yang tulus demi agama, pasti ada imbuhan yang besar walaupun bukan hari ini, tetapi kemudian nanti.
oh, saya tidak sabar untuk pulang ke negeri kelahiran, Kuala Terengganu setelah bertahun-tahun tidak kembali. selamat bertemu negeri kecintaanku lagi!

Ahad, Februari 12, 2012
mendaki puncak

dalam proses pembelajaran, tentunya pelbagai rencam yang terpaksa ditempuh. lebih-lebih lagi apabila seseorang berada di peringkat ijazah tinggi. pastinya bukan kepalang "kesengsaraan" yang harus ditanggung. dan tentunya berbeza pula tahap ijazah yang diharung, harus pula akur dengan cabaran dan kerenah yang pastinya tidak sama pada setiap individu. bagi yang telah menyempurnakan ijazah sarjana dan meneruskan ijazah doktor falsafah, ada yang berkata "bezanya langit dengan bumi", ada pula yang mengeluh "peritnya Tuhan sahaja yang tahu" dan macam-macam persepsi yang muncul.
benar, untuk sampai ke tahap ijazah tertinggi dalam hidup, banyak pengalaman yang telah saya harungi, dan juga sahabat-sahabat saya lalui. semuanya bersatu menjadi suka-duka, pahit-manis, jatuh-bangun dan pelbagai warna kehidupan. barangkali bagi pengarang kreatif boleh dijadikan sebuah "novel motivasi" (saya bercita-cita untuk melakukannya, namun masih belum terlaksana lantaran kekangan kerjaya). namun, cukuplah kalau saya katakan "bukanlah dengan menggapai segulung ijazah doktor falsafah seseorang menjadi hebat tetapi galur menguruskan perjalanan meraih ilmu dan pengalaman melunasi emosi perjuangan menjadi seseorang itu gagah".
berapa ramai yang berjaya memperoleh ijazah doktor falsafah tetapi hidupnya kelibut dengan masalah rumahtangga? berapa ramai yang berjaya melepasi viva dengan cemerlang tetapi sehingga kini tesisnya hanya menjadi penghias perpustakaan semata? berapa ramai yang mengejar segulung ijazah doktor falsafah tetapi nuraninya legam dengan sifat mazmumah? berapa ramai yang gigih menyempurnakan ijazah doktor falsafah, tetapi akhirnya kandas di penghujung jalan? berapa ramai yang hebat bergelar "Dr", tetapi sahsiah dirinya tidak sehebat ilmu yang dimiliki? berapa ramai yang gagah dengan status "Dr", tetapi membiarkan ahli keluarganya tersisih?
mendaki puncak, bukan pencapaian yang menjadi keutamaan, bukan tempoh masa pembelajaran menjadi taruhan tetapi kekuatan keimanan meneruskan perjuangan menjadi pengalaman yang paling berharga. sekali lagi saya ulang, "segulung ijazah tiada makna andai diri tidak belajar proses jatuh-bangun semasa mengendalikannya". buat semua sahabat saya yang masih berulit dengan tesis, para pelajar saya yang sedang bergelumang dengan pengajian ijazah tinggi, selamat meneruskan perjuangan dengan landasan keimanan yang hakiki agar beroleh kemenangan dan kejernihan jiwa yang sejati bahawa manusia hanya insan kerdil di muka bumi ini!

Khamis, Februari 02, 2012
"muslim di berlin"
tengahari Jumaat itu saya menonton program "al-Hidayah" di saluran TV3. sebuah program agama yang memuatkan pelbagai isu yang membongkar mata, dan tajuk hari itu ialah "muslim di berlin" sesuai dengan pengisian Maulud Rasul 1433 hijrah. apa yang menarik dalam program tersebut ialah usaha penganut Islam di Berlin, ibu negara Jerman mengamalkan ajaran Islam dengan patuh berlandaskan agama dan sirah Nabawi. dan menurut perangkaan, Jerman dilaporkan sebagai negara kedua di Eropah yang ramai penganut Islam selepas Perancis. oh, amat mengagumkan. dan ini mengenangkan pengalaman saya ke Frankfurt setahun yang lalu, ramai wanita Muslimah yang saya temui di kota tersebut.
dan yang paling menarik lagi apabila muncul seorang wanita warga Jerman yang lengkap berjilbab dan fasih bertutur bahasa Melayu apabila diwawancara oleh wartawan program tersebut. menurut wanita itu, Aminah Waenala, beliau menganut Islam kala masih menuntut di universiti kerana tertarik dengan pengamal Islam terutamanya dari Yaman dan Asia Tenggara. berdasarkan lenggok bahasa Melayu yang dituturkannya, saya dapat menangkap bahawa tentu sahaja wanita ini belajar bahasa Melayu daripada warga Indonesia kerana maklum diketahui rakyat bendera merah-putih itu kukuh jati dirinya walau di mana mereka berada. tanggapan saya ternyata tepat kerana di penghujung rancangan, Aminah menyatakan: "saya berterima kasih kepada suami saya yang banyak mendidik saya mengamalkan Islam dan mendalami selok-budaya Asia Tenggara." malah wartawan pula menyebut bahawa perkahwinannya telah mencecah usia 17 tahun bersama warga Indonesia dan dikurniakan dua cahaya mata.
nah, jelas bahawa Muslim Asia Tenggara boleh menakluk Eropah tetapi dengan syarat mereka yang kukuh jati diri dan utuh pegangan Islamnya. namun, tidak ramai warga Melayu (Malaysia) yang berkahwin dengan orang Eropah atau Inggeris sama ada lelaki atau wanita yang boleh mendidik pasangannya agar mencintai bahasa Melayu lebih-lebih lagi Islam sebagai sandaran perjuangan. warga Jerman yang mengahwini warga Indonesia yang saya tonton ini merupakan contoh yang terbaik dalam kalangan golongon intelektual. sepanjang pengalaman saya di tanahair, hanya satu pasangan intelektual yang saya sanjung dan hormat, allahyarham Prof. Madya Dr. Norazit Selat, mantan pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya yang mengahwini Puan Lynn, bangsa Inggeris warga Australia yang fasih berbahasa Melayu dan meletakkan tudung di kepalanya. golongan lain? entah. saya tidak jumpa. yang saya lihat rata-ratanya apabila warga Malaysia berkahwin dengan warga Eropah dan bangsa Inggeris, langsung bahasa Melayunya hilang ditelan zaman. lebih malang lagi agama Islamnya juga terbang dikambus kenangan. oh, malangnya. justeru, sempena 12 Rabiul Awal, belajarlah mencintai bahasa dan bangsa kita lebih-lebih lagi Islam yang ditinggalkan Rasulullah SAW pada umat-Nya untuk dilestarikan sepanjang masa.

apakah pelandas?
suatu hari, saya ke sebuah gedung besar menjual peralatan rumah di Serdang. dan saya dapati walaupun gedung itu kepunyaan bukan kaum Melayu (mana ada pengusaha Melayu memiliki gedung besar menjual peralatan rumah di Tanah Melayu ini?), namun para pekerjanya majoriti Melayu. strategi ini begitu memberangsangkan, pun meninggalkan perasaan sayu kerana "sampai bila Melayu perlu bergantung kepada orang lain dan mengemis di bumi sendiri", sempat persoalan ini berlegar dalam nubari saya. argh! lantaran keluasan gedung yang bersaiz besar, saya terus bertanyakan salah seorang anak muda perempuan yang comel bertudung dan manis raut wajah. "dik, pelandas ada tak?", kata saya dengan besar harapan sebagaimana anak muda bukan Melayu akan melayan pelanggan dengan ramah. pun, dengan wajah yang serius dan tutur kata yang tegas, dia menjawab: "pelandas? tak ada." oh, saya terkejut. dengan memiliki raut wajah yang manis, saya fikir anak muda ini akan berusaha menolong saya mendapatkan "pelandas" dan akan menjawabnya pula dengan suara yang menyenangkan tetapi sebaliknya.
mustahil di premis gedung besar sebegini barang yang saya hajati tiada. "jom kita cari", kata suami. saya pula mengomel panjang kerana masih terkejut dengan perilaku anak muda tadi. belum sempat lima belas minit, "pelandas" yang saya cari telah saya jumpai. "agaknya dia tidak tahu apa itu pelandas", tutur suami. "kalau tak tahu cubalah bertanya semula, jangan jawab dengan "bodoh sombong", tutur saya kembali dengan rasa marah yang masih belum hilang. "sabar, dia budak mentah", masih suami mahu menyejukkan hati. lalu semasa mahu membayar di kaunter, saya dan suami melihat kelibat anak muda itu yang melilau-lilau tanpa arah. "kalau nak tahu inilah pelandas", kata saya sambil menayang di depan mukanya. "oh, cutting board. ingatkan apa tadi", jawabnya dengan mimik muka "malu-malu kucing". "pelandas nama bahasa Melayu. kitakan orang Melayu, gunakanlah bahasa kita", sempat saya menyedarkannya dan saya nampak rautnya yang merah menahan malu.
setelah 55 tahun merdeka, tanah tumpah kelahiran rupanya masih "miskin" bahasa. anak-anak muda masih "kemaruk" dengan bahasa penjajah walaupun berasal dari negeri yang kaya dialek dan budaya. sepanjang pulang ke rumah saya masih terfikir apakah nasib bahasa Melayu, bangsa Melayu dan ranah Melayu kalau anak muda Melayu sendiri sudah hilang rasa cinta dan jati dirinya setelah berada di kota besar jika "pelandas" pun tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu? andai ke benua Eropah bagaimana? entah-entah hilang semuanya. oh anak muda!

Selasa, Januari 31, 2012
oh, zahra kamila
tanggal 1 Februari 2012, bermulanya cuti sabatikal saya. walau bagaimanapun, seminggu sebelum tempoh itu saya telah bercuti kerana menghabiskan cuti tahunan sebelum bercuti panjang. justeru, selama tempoh sembilan bulan lamanya itu pastinya saya tidak akan ke pejabat seperti biasa. dan tentunya masa saya banyak dihabiskan dengan kerja-kerja penyelidikan dan penulisan sama ada di rumah atau di tempat penyelidikan. hal ini tidak pernah saya wartakan kepada anak-anak khususnya kepada puteri sulung kerana dibimbangi dia akan liat untuk ke tadika kerana mengetahui saya "bercuti". pun pagi itu setelah menguruskannya dan adiknya, zahra khayra, dia berkata: "ibu cutikah hari ini? mengapa ibu pakai baju macam ini ke pejabat? tak cantik langsung." oh, zahra kamila. saya jadi gamam seketika.
lantaran anak sulung saya ini sering mengikuti saya ke banyak acara, rupanya selama ini dia sering meneliti cara saya berpakaian; baju yang bagaimana untuk saya ke pejabat, baju yang bagaimana untuk saya ke majlis rasmi, baju yang bagaimana untuk saya keluar bersama keluarga hatta kala kami berkelana ke luar negara. dia, anak kecil yang "dewasa" mengatasi usia. pemerhatiannya kepada saya selama ini tidak pernah salah dan sangsi, begitulah luhurnya hati seorang anak yang suci. musabab itu segala tindakan ibu dalam membesarkan anak-anak perlu mengambilkira segala aspek kehidupan kerana mereka merupakan "pemerhati yang jujur".
oh, saya dalam tempoh cuti yang panjang ini sesungguhnya berdoa agar puteri yang saya kasihi ini tetap bersama-sama saya sebagai peneliti dan pemerhati pergerakan saya demi peningkatan diri dan kerjaya. oh, zahra kamila!

Sabtu, Januari 28, 2012
menguruskan manuskrip
saya teruja apabila pihak PENA dan ITBNM akan mengadakan bengkel penerbitan pada 5 Februari 2012 nanti, dan dengan sendirinya mengesahkan kehadiran dan penyertaan ramai pengarang muda untuk menghantar manuskrip sama ada dalam bentuk karya kreatif atau ilmiah. wah, saya kira inilah masanya untuk para pengarang merebut peluang keemasan ini lantaran manuskrip akan diterbitkan dalam tempoh yang pantas.
dan saya, setelah bertahun meneliti dan meninjau beberapa penerbit untuk menerbitkan beberapa manuskrip saya yang terbengkalai dan dirancang juga berhasrat untuk berbuat demikian. sebenarnya memang getir semasa menguruskan manuskrip kerana banyak perkara yang harus ditempuh (edit ejaan dan tambahan fakta dan urus emosi bila fail hilang dan lain-lain), pun bila kesemuanya berjaya diatasi dan manuskrip dapat disempurnakan untuk dihantar kepada penerbit, saat itu jiwa begitu membara ibarat menanti "anak" yang bakal dilahirkan. dan kini saya dalam proses menguruskan kedua-dua manuskrip saya itu dan berdoa urusannya akan segera selesai. malahan saya berharap sinar 2012 menjanjikan dua buah buku saya akan diterbitkan selepas kehadiran "Takmilah dalam Novel Melayu" (DBP) di pasaran setahun lalu. para pengarang muda, ayuh kita menguruskan manuskrip untuk penerbitan buku negara!

Langgan:
Catatan (Atom)